Ku tidak pernah meminta mu
Untuk mengasihi ku
Dan apatah lagi mengasihani ku
Juga tidak sama sekali
Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian
Cuma satu arah serta satu tujuan
Mencari keberkatan-Nya
Aku terkenangkan
Saat manis dulu
Tak pernah kau meninggi suara
Bila bertanya
Keras hanyalah luaranku
Lembut tetap di dalam hati
Marah habis setakat itu
Tak kubiar berpanjangan
Biar aku berdiam diri
Dengan hati yang remuk redam
Kau tak usah lagi bertanya
Tak ku bersuara
Aku masih mampu tersenyum
Walau hati terluka
Mungkin hari ini duka untuk aku
Esok belum tentu
Lagu "Marah Bukan Sifatku" nyanyian kumpulan NewBoyz sememangnya lagu yang sangat mencerminkan diri aku. Sungguh, aku bukanlah seorang yang pemarah dan seorang yang pendendam pada setiap kelukaan yang aku lalui dalam kehidupan aku. Seperti yang aku katakan dalam post sebelum ini tentang kelukaan. Sememangnya luka itu sebahagian dari aku. Luka itu tidak melemahkan aku sebaliknya menguatkan aku dalam menghadapi ranjau perasaan yang penuh berliku. Aku sudah terbiasa berkorban kebahagiaan aku demi keluarga aku, demi sahabat aku dan juga demi teman aku. Semuanya hanya kerana aku menginginkan mereka bahagia dengan adanya diri aku dan bukan berduka kerana adanya diri aku. Aku sememangnya seorang yang mampu tersenyum walaupun hatiku sering dilukai. Tak mudah orang mengecam kesedihan kehidupan yang aku lalui kerana aku memilih jalan untuk pendamkan segala kelukaan dihatiku hanya kerana aku menginginkan teman aku tahu bahawa aku bahagia dengan kehidupan aku. Aku tidak mahu mereka bersedih kerana aku. Biarlah bila aku sudah tiada selamanya di bumi yang nyata ini, aku tinggalkan banyak kenangan manis untuk mereka kenang dan bukannnya kenangan pahit yang mereka abadikan. Aku percaya setiap kelukaan dan kesedihan yang aku lalui ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang hanya Allah S.W.T yang tahu. Aku percaya pada setiap ketentuan-Nya.
ala d.....jgn wujudkan jurang antara kita dgn kata terima kasih.....hg sebahagian dr aku yg tiada sapa dpt pisahkan.....syg hg.....love u beb....
ReplyDeleteSemoga persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal selamanya walaupun pelbagai dugaan yang kita lalui even dari parents kita sendiri.
ReplyDelete:((
tak ada sapa blh pisahkan selain maut......=)
ReplyDeleteSemoga apa yang diperkatakan menjadi kenyataan.
ReplyDelete