Hati dan kehidupan adalah dua perkataan yang berbeza maknanya. Walaupun ada perbezaan pada maknanya, tetapi apabila kita telitinya dengan betul dan kaitkan makna dua perkataan ini, ianya akan memberi kaitan yang sangat rapat antara satu sama lain.
Seringkali kita mendengar ayat "nobody perfect" dan seringkali jua kita memberi alasan "nobody perfect" apabila kita melakukan kesilapan. Sedarkah kita bahawa kita seringkali menyalahgunakan alasan "nobody perfect"? Orang yang selalu menggunakan alasan ini adalah orang yang tidak mahu memperbaiki kelemahan diri yang ada dalam diri mereka. Percayalah pada diri anda sendiri dan anda pasti akan dapat mengatasi alasan yang anda cipta iaitu "nobody perfect". Kita semua mampu mengubah ketidaksempurnaan itu menjadi sesuatu yang sempurna kerna pada hakikatnya TIADA KEMENANGAN TANPA USAHA. Usaha dan keyakinan kitalah yang bisa mengubah sesuatu keadaan.
Begitu jua dengan soal hati dan perasaan. Kehidupan takkan sempurna anda soal hati diketepikan. Begitu jua dengan sebaliknya. Walaupun aku tahu hakikat kenyataan ini, ianya tetap sukar bagi aku untuk melaksanakannya. Aku sudah terbiasa korbankan kebahagiaan aku demi melihat senyuman dan gelak tawa orang yang berdekatan dengan aku dan orang yang aku sayang. Aku dah terbiasa menangis disebalik kegembiraan orang yang aku sayang. Aku seorang insan yang selalu ketepikan soal hati aku demi kehidupan orang lain. Kadangkala kebahagiaan yang yang tercipta ada dukanya yang tersendiri yang seringkali aku pendam hanya dalam hati aku kerna aku tak bisa mencipta saat yang sedih ketika bersama teman kerna aku tak bisa melihat mereka bersedih bersama aku. Aku seorang insan yang jarang kemukakan kedukaanku kepada orang sekelilingku kerna aku tidak mahu mereka bersimpati atas kedukaan yang tercipta dalam kehidupanku. Setiap kedukaan yang aku lalui, aku sentiasa positifkan diri aku supaya aku tidak terlalu mengikut perasaan sedihku. Aku sentiasa sibukkan iri aku dengan aktiviti seharian siapaya diri aku ini tidak dikuasai dengan emosi. Ya, aku tahu ada orang menggelarkan aku HIPOKRIT, tapi aku tak peduli dengan semua itu. Demi orang yang aku sayang, aku rela digelar HIPOKRIT. Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku lalui. Tetapi, adakalanya aku terfikir " Sampai bilakah semua ini akan terus berlaku?", namun persoalan itu mati terkubur sebegitu saja kerna aku pun tiada jawapan pada persoalan itu. Bagi aku, biarlah masa yang menentukan sampai bila pengorbanan ini akan berterusan.
Saturday, August 07, 2010
Soal Hati VS Soal Kehidupan [Nadiku]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment