Tuesday, August 24, 2010

Hilangnya "nilai" aku.

Sememangnya bulan Ramadhan kali ini banyak menguji kesabaran aku dalam melalui hari-hari dalam kehidupanku. Kehadiran aku semakin hilang "nilai" di dalam kehidupan mereka yang pernah rapat denganku satu ketika dahulu. Aku seumpama melukut di tepi gantang mengharap kasih mereka untukku. Tiada apa lagi yang tinggal untukku menikmati bersama-sama teman yang pernah rapat denganku satu ketika dulu. Sayu sungguh aku menerima kenyataan kehidupan yang terjadi dalam kehidupanku sekarang. Teman bicaraku menghilangkan diri tanpa meninggalkan pesan padaku. Orang yang bergelar sahabatku selama 10 tahun, meninggalkan nama persahabatan tanpa rasa bersalah di hati. Orang yang tempat ku meluahkan segala perasaan aku pula kini dibawah jagaan orang lain yang lebih prihatin terhadapnya sehinggakan membuatkan aku terasa dia dirampas dari aku. Semuanya terjadi dalam sekelip mata tanpa aku pinta. Dalam sekelip mata, aku hilang semua yang pernah rapat denganku. Inilah lumrah kehidupan.

Kenangan silam telah merampas tawa seorang insan yang menjadi teman bicaraku. Hubungan kakak-adik telah merampas kehadiran teman baikku. Rasa marah merampas nama persahabatan aku dan dia yang terbina selama 10 tahun. Semua yang terjadi ini telah mengurangkan "nilai" aku di mata mereka. Aku bukan lagi insan kepentingan dalam hidup mereka. Tiada lagi aku dalam senda tawa mereka. Tiada lagi aku dalam tangisan mereka. Yang ada hanyalah kenangan. Kenangan yang bisa buat aku kenang apabila aku rindukan kehadiran mereka dalam kehidupanku.

Setiap kali bahagia tercipta dalam kehidupanku, ianya hanya buat seketika kerana ianya pasti ada kedukaan di akhir ceritanya. Mungkinkah aku hanya tercipta untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain sahaja? Mungkin juga. Kini, aku bersendirian menyusuri kehidupanku. Aku akan bersendirian melakukan aktivitiku tanpa dia menemaniku lagi. Dia, insan yang bergelar sahabatku. Dia, insan yang sering menemaniku ketika aku keluar bersama kawan-kawan. Dia, insan yang tahu semua tentang kehidupanku. Dia, insan yang tidak bisa biarkan aku keluar sendirian dengan teman-teman lain tanpanya. Mulai hari ini, dia sudahpun dirampas dalam kehidupanku. Dia sudahpun terjerat dalam dua hubungan. Nyata, dia memilih hubungan kakak-adik kerana menghormati hubungan itu. Aku faham atas segalanya. Namun akan kuteruskan jua kehidupan aku walau tanpa dia disisiku. Aku umpama pelarian yang tidak pernah berhenti berlari walaupun pelbagai halangan yang mendatang. Aku akan terus berlari dan berlari selagi aku termampu.

Buat semua insan yang terlibat,
walaupun sebesar manapun halangan yang menimpa, aku masih di sini menerima kehadiran kalian semua. Andai aku ada kepentingan buat kalian di suatu masa, carilah aku kerna aku tidak akan pernah jemu menanti kehadiran kalian kerana kalian insan kesayanganku.

Sunday, August 22, 2010

Tentang wanita [bersama pendapatku]

Post kali ini akan berbicara tentang wanita. Ada di antara lelaki pernah menyatakan "Susahlah perempuan ni", "Perempuan ni emosional sangat", "Susahnya nak faham apa yang perempuan ni nak?". Semua persoalan ini ada pernah terdetik di hati lelaki yang tidak memahami naluri seorang perempuan. Tapi sejauh mana benarkah kenyataan semua di atas. Benarkah memahami perasaan dan sikap perempuan adalah sesuatu yang sukar? Benarkah perempuan ini sukar dimengertikan? Buat insan bernama lelaki, kalau sudah terdetik di hati anda menyintai dia, cintailah kekurangannya kerana apabila ada kelemahan dalam dirinya, anda tidak akan berlalu pergi sebegitu saja meninggalkannya terkapai-kapai menapak perjalanan cintanya sendiri. Sukar atau tidak seseorang perempuan itu, lelaki, anda tentukan ya. Jom saya kongsikan serba sedikit tentang naluri seorang perempuan.


===========================================================================

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

[ Aku: Aku selalunya jarang menunjukkan kesedihan aku pada seseorang. Aku rela pendamkannya sendirian dari membebankan orang lain dengan kesedihan aku]


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
[Aku: Ya memang benar aku tergolong dalam golongan wanita sebegini. Lebih baik orang tinggalkan aku seketika sebelum datang memujuk aku dengan kata maaf. Jika tidak, pasti perbalahan akan berlaku. Almaklumlah bila dah marah. Tapi, aku bukan tergolong dalam golongan yang mudah marah. Marah bukan sifatku. :) ]


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.
[Aku: Benar apa yang diperkatakan. Aku tak pernah lagi mencari benda yang aku benci pada orang yang aku sayang kerna aku menerima dirinya seadanya]


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
[Aku: Benar. Itulah yang berlaku sekarang dalam kehidupanku.]


5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 
Aku: Aku tak perlukan pujian kerana aku tahu diri aku. Aku tak hidup dengan kata-kata orang]

6. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
[Aku: Kalau orang dah tak suka, aku redha saja sebabnya kita tak berhak mencipta perasaan dalam hati seseorang. kalau tak suka, berterus terang saja denganku kerna aku pasti akan mengundur diri kerna aku sentiasa mementingkan kebahagiaan orang yang aku sayang dari kebahagiaanku]


7. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
[Aku: As you wish. Aku jenis tak kisah. Nak berkawan, kawanlah. Kalau nak buang aku pun, buang sajalah.]


8. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
[Aku: Benar. Itulah cara aku meluahkan isi hatiku]


9. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
[Aku: Aku pasti terluka tapi aku jenis tak kisah sebab seperti biasa aku tak hidup dengan kata-kata orang. Aku tahu diri aku.]


10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
[Aku: Bergantung kepada keadaan.]


11. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
[Aku: Depends on my mood.]


12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
[Aku: Entah, tak pernah perasan pula. Hehe.. :) ]


13. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
[Aku: Benar. Tapi straight forward kan lagi senang. Tak payah lagi nak berselam-selam. Hehe..]


14. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
[Aku: Tak juga. Depends on situation actually.]


15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
[Aku: Betul. Tanya sendiri lagi bagus dari jump into conclusion tanpa bukti]


16. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
[Aku: Tak juga. Aku tak pernah menyesali apa yang terjadi dalam kehidupanku sebab semua ini mematangkan aku. Seperti biasa, kita kenalah terima ketentuan Qada' dan Qadar.]


17. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!
[Aku: betul apa yang diperkatakan. Yang lama hanyalah tinggal kenangan yang kisahnya boleh dijadikan panduan agar semakin matang dan kuat  melayari kehidupan cinta yang terbaru. Yang baru dicintai pasti akan memiliki tempat yang teristimewa di hatiku.]


18. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
[Aku: benar apa yang diperkatakan. Lila pun sampai tak larat mendengarnya. kalau  boleh menulis novel, dah lama dia karang jual di pasaran. Haha.. ]


19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
[Aku: Susah mendapatkan lelaki sebegini kerana terlalu banyak komitmen yang perlu mereka fikirkan selain cinta. pasti ada percentage cinta mereka pada game dan kerja mereka]


20. Senjata wanita adalah airmata!!
[Aku: Tidak semua sebegini. Tapi memang hakikat bahawa lelaki mudah mengalah pada airmata seorang wanita yang dia cintai setulus hatinya.]


21. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
[Aku: Benar. Jadi buat kaum Adam, jika anda mencintai teman wanita anda setulus hati, hargailah dirinya dengan cinta dan kasih sayang anda]


Friday, August 20, 2010

True Love Never Ends. Thank You Allah.





Song Title: For The Rest Of my Life
Album : thank you ALLAH
Artist : Maher Zain



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…
I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
I know that deep in my heart..


Bicara hati:
Tersentuh hati ini tatkala menghayati bait-bait kata lagu ini. Sungguh ianya sangat menenangkan hati tatkali mendengar tiap baris ayat yang dilagukan oleh Maher Zain.

Tatkala mendengar lagu ini, aku teringat kepada seseorang yang istimewa di hatiku dan aku sangat berharap pada suatu hari nanti seseorang yang istimewa itu akan melagukan lagu ini kepadaku sekaligus melaksanakan apa yang ternyata dalam setiap kata lagu ini.

Aku sangat berharap agar adanya insan yang istimewa itu akan melaksanakan setiap yang ternyata seperti di dalam lagu ini supaya aku tidak akan menanggung lagi erti kedukaan dalam kehidupanku. Mungkinkah apa yang aku impikan ini menjadi kenyataan atau ianya hanya sekadar mimpi di siang hari? Jawapannya hanya Allah S.W.T dan "dia" saja tahu. Apa yang aku mampu lakukan adalah dengan menadah tangan memohon pada yang Esa agar insan yang istimewa di hatiku akan kekal menjadi putera raja di hatiku selamanya tanpa menoleh meninggalkan aku di kemudian hari. Insyaallah "dia" akan menjadi putera raja di hatiku selamanya.

Kini aku sangat berharap "dia" bisa menunaikan apa yang ternyata di dalam setiap bait kata lagu ini. Mungkinkah ianya menjadi kenyataan? Aku pun tidak pasti tentangnya. Apa yang aku tahu, aku tidak mahu lagi kekecewaan dalam hidup aku kerana kekecewaan masa lalu sudahpun meninggalkan hempedu yang sangat pahit padaku untuk kutelan. Aku tak sanggup lagi menelan hempedu buat kali kedua dalam kehidupanku.

Kini aku melayari kehidupan aku sepertimana yang tercipta buatku. Bagi aku, biarlah setiap cinta berakhir di jinjang pelamin dan bukan sekadar mencipta bahagia sementara dan akhirnya duka yang tercipta. Semoga apa yang aku lalui sekarang memberikan aku sinar kebahagiaan di masa hadapan. Aku berharap setiap "complicated" yang berlaku dalam kehidupanku sekarang tidak akan memberikan aku kekecewaan di kemudian hari.

Sunday, August 15, 2010

Sepi seorang perindu.


Entah kenapa malam ini aku terasa sepi sangat. Kesepian yang teramat sangat membuatkan rindu aku padanya semakin membuak-buak. Kerinduan yang tercipta di hati ini kian membuatkan aku sebak. Namun kutahan airmataku dari mengalir kerna aku tidak mahu menjadi insan yang lemah. Tetapi, walau sekuat mana pun aku pertahankan airmataku dari jatuh, aku tetap wanita yang punya perasaan di hati. Kesepian membuatkan diri aku dikuasai emosi. Tika ini, malam ini, aku terlalu rindukan si dia. Si Dia insan yang bernama kekasih hati. Si dia yang yang akan sentiasa berada di hatiku selamanya. Seseorang yang kini sudah berada jauh dari hati aku. Argghhh, malam ini aku gagal kawal emosi aku. Sungguh aku terlalu rindukan saat kami menganyam bahagia di saat kami bersama. Tapi, kini tiada lagi saatnya bersamaku kerna dia sudahpun jauh dimataku. Apa yang aku inginkan hanyalah pertemuan aku dengannya agar dia bisa meleraikan kerinduanku padanya. Aku tahu banyak rintangan yang kami harungi dalam kehidupan percintaan kami tetapi itu semua tidak menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan perhubungan yang tercipta antara dua hati. Tentang perjalanan kehidupanku, biarlah Allah S.W.T dan masa yang menentukan kerana aku pun sendiri tertanya-tanya tentang perjalanan kehidupanku. Biarlah apapun yang terjadi pada masa sekarang, aku akan teruskan perhubungan ini selagi termampu kerana aku hanyalah sekadar pelakon watak di pentas lakonan dunia. Hanya menurut apa yang PENCIPTA aku inginkan pada perjalanan kehidupanku. Kini, "Sepi seorang Perindu" merungkai perjalanan perasaanku.

Sinaran Rumah.

Hari ini, sekali lagi aku telah menjejak kaki ke rumah keduaku di Batu Feringghi, Penang, setelah hampir setahun lebih tidak menjejak kaki ke sana. Betapa ku merindui saat seluruh keluarga berkumpul di rumah ini. Tapi semua itu tinggal kenangan apabila ramai di antara kami sudah pun membawa haluan sendiri. Aku dan adikku di Kuala Lumpur manakala abang keduaku masih di Wolverhampton, UK. Abang pertama ku pula sibuk dengan tugasan kerjayanya. Begitu jualah dengan sepupu-sepupuku. Pendek kata, semuanya sibuk dengan tugasan tersendiri. Hanya Ramadhan dan Syawal saja memberi ruang kembali kepada keluarga kami untuk kembali berkumpul bersama. Sememangnya rumah di Batu Feringghi ini memberi kenangan yang cukup indah untuk dikenangi. Walaupun rumah ini hanya menjadi tumpuan ketika hujung minggu, namun ianya menyimpan 1001 kenangan di dalamnya. Kini, rumah ini akan dijual. Jom kita terjah rumah ini sebelum ianya menjadi milik orang lain.

Lif: Sebelum melangkah keluar. Inilah tingkat rumah keduaku.

Dining Hall:Straight dari pintu masuk. Di sebelah kanan ada 3 bilik. Bilik pertama adalah bilik abang. Bilik kedua adalah bilik saya dan adik manakala bilik yang ketiga adalah bilik makcik.




Living Hall: Tempat seisi keluarga berkumpul tengok movie.Tempat kesukaan ku adalah duduk di red bar chair. :)



Inilah bilik tidurku bersama adikku.Merah warna kesukaanku.

 Disinilah tempat mandi kesukaanku. Jacuzzi. Memang best dan santai. Salah satu tempat yang menjadi kerinduanku.

                        Balcony. 
Di sinilah tempat kumenenangkan pemikiranku yang kekadang serabut


Walaupun rumah ini akan menjadi milik orang lain suatu hari nanti, kenangan di rumah ini akan terus bersemadi di dalam hati ini kerna banyak kenangan terindah tercipta di sini.

Saturday, August 14, 2010

Survey Time.

Q: If you were really upset, who is the first guy you'd go to?
A: Of course to the guy that can comfort me and wipe my tears.

Q: Who is the first girl you go to?
A: My housemate and my best friend, Lila.

Q: If someone like you right now, would you want them to tell you?
A: Its up to them. I prefer they tell me the truth so that I can give the answer before they put hope on me

Q: Do you prefer to take showers in the morning, or night?
A: Its depends. But of course in the morning is a must. :)

Q: Do you think you have made a difference in anyone's life?
A: Yes, i do! I always make someone change their thought about life when they frustrated
     with life.

Q: Do you remember the name of your first school you ever went to?
A: Of Course. Its one of my sweetest memory that i won't forget ever.

Q: Which year has been the best so far?
A: 2000 is still in memory, 2005 is also in memory, but the best year starts when I met
     someone that very close to my heart. Hope 2010 will ends with sweetest memory.

Q: Last text message in your inbox?
A:  I miss you so much.

Q: Break someone's heart or have your heart broken?
A: My heart is still broken ONCE. But someone putting it back in pieces but i broke his heart as
     i know we can't go far.

Q: Three feelings at the moment?
A: Lonely, Lost, Touch

Q: Last movie you watched?
A: Lagenda Budak Setan.

Q: Last song you sang out loud:
A: Marah Bukan Sifatku - NewBoyz.

Q: What's your favorite number?
A: 4, 9

Q: If you could have one thing right now what would it be?
A: Of course I want someone that can spend his lifetime with me but that someone is not a thing. So I want one sport car. Red Ferrari or Lamborghini.

Q: Who makes you happiest right now?
A:Should I mention it?

Q: What's the last thing you thought about?
A: Future Wedding Day. Who's the one will end up their life with me.

Q: Do you think a relationship can last 6 months without cheating?
A: Yes, of course. Its depend on some people. I'm the person that always be in relationship
     more than 2 years.  So, for me 6 months its just a short period.

Q: What did you do last night?
A: Spend time with everyone that care for me before I went back Penang.

Q: Which is more romantic: sunrise or sunset?
A: Both. If someone that I truly love sit beside me.

Q: Are you happier single or in a relationship?
A: Both have advantage. But two is better than one. :))

Q: Have you ever liked someone who treated you badly?
A: Not yet. If I met this kind of person, there's only one word that I can say. Goodbye.

Q: Last person you said I love you to?
A: Erk! Should i recall it?

Q: What are you doing tommorrow?
A: Shopping for Raya. :))

Q: Do you think you'll be married in 10 year?
A: Erk?? By that time I'm already 32. I hope I already get married by that time. :)

Q: Who do you dislike currently?
A: I'm not kind of person who easily dislike someone. But currently I do have 2 person that I
     dislike. Both person backstab me. I really hate this kind of person. :(

Q: Are you in a good mood?
A: Not really

Thursday, August 12, 2010

Bila Hati Berbicara Cinta


Sejarah percintaan banyak mengundang saat suka dan duka. Begitulah jua kehidupan aku. Saat jatuh cinta adalah saat paling terindah dalam hidup tetapi siapa tahu sejauh mana keindahan itu akan kekal dan berpanjangan. Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui semuanya. Tidak kisahlah setinggi manapun kita berharap, sedalam mana pun kasih kita, sejauh mana pun jarak terpisah, andai ada jodoh, pasti akan berakhir di jinjang pelamin dan seandainya tiada jodoh, ikatan kemanusiaan tetap tak akan terputus...

Tahun 2000 adalah tahun bermakna bagi aku kerna pada tahun itu aku mula kenal erti cinta, rindu dan cemburu. Siapa sangka gadis seperti aku yang hanya berusia 12 tahun ketika itu sudah mula terasa kehadiran cinta dalam dirinya. Kehadiran seorang "insan" yang baru di sekolah aku membuatkan aku merasa cinta pandang pertama. Tapi aku masih sedar siapa diri aku ketika itu. Aku hanya seorang insan yang kerdil kalau dibandingkan dengan dirinya. Kerana memikirkan impian itu tidak mampu aku gapai, aku pendamkan perasaan aku di dalam hati aku. Semuanya berjalan lancar antara aku dan dia. Perhubungan persahabatan dan perhubungan kemanusiaan adalah dua nama perhubungan yang menyatukankan kami. Dengan dua nama perhubungan inilah yang merapatkan perhubungan yang terjalin sehinggakan sukar sekali hendak melalui perpisahan.

Hari-hari yang berlalu aku sangka perhubungan kami akan putus apabila berakhirnya tahun 2000 kerana selepas tahun 2000 aku akan melangkah ke alam sekolah menengah. Tapi siapa sangka siapa menduga, walaupun berjauhan kami masih berhubung dan rasa saling memerlukan hadir dalam perhubungan itu. Perhubungan itu berterusan selama 3 tahun. Dua zaman silih berganti. Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, namun perhubungan masih tetap utuh bersatu. Dari perhubungan perkenalan ke persahabatan dan seterusnya melahirkan bibit-bibit cinta dalam hatinya.

14 Februari 2003, satu sejarah percintaan bermula dalam hidup aku. "Insan" yang dulu aku pendamkan perasaan aku selama 3 tahun mula berbicara tentang cinta dengan aku. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku saat itu. Namun aku tahu aku tidak layak untuk "insan" sepertinya. Andai aku dan dia bersatu pasti akan ada pihak yang menentang hebat perhubungan kami. Siapa sangka dan siapa menduga perhubungan insan yang bergelar cikgu dan anak murid berakhir dengan percintaan. Dan dalam masa yang sama seorang sahabat meluahkan rasa cinta terhadap aku.Aku sungguh keliru ketika itu namun aku terima keadaan itu sebagai ujian dari Illahi.

Ketika itu, aku tidak mampu melukakan dua insan yang hadir dalam hidup aku dan kedua-duanya memberikan 1001 makna buat diriku. Sememangnya dua insan ini aku menjadi insan kesayanganku tapi sayang tak bermakna cinta. Bisikan hatiku hanya membisikkan kata cinta pada seseorang saja. Dan yang pasti seseorang itu adalah seseorang yang aku dambakan kehadirannya sejak dari tahun 2000 lagi, insan yang bergelar cikgu aku sendiri. Tapi mampukah aku teruskan perhubungan dengannya sedangkan aku tahu perhubungan aku dengannya tidak akan berjaya? aku sungguh keliru ketika itu tapi aku nekad, hanya dia saja yang aku cintai dan tidak akan pernah ada orang lain yang mampu melupakan cinta aku padanya. Dan dari saat itu jua aku nekad, walau dia tak aku miliki, aku akan tetap abadikan cintanya dalam hati aku!



Dalam kekeliruan yang aku hadapi, perhubungan kami masih berjalan lancar dan bibit-bibit cinta kian mekar di dalam hati kami sehinggakan sukar dihapuskan lagi namun bahagia yang aku dambakan hanya seketika. Dua tahun menganyam impian di awan cinta, akhirnya badai mengundang jua dalam perhubungan kami. Tanggal tahun 2005, aku dikejutkan dengan pengakuan ikhlasnya bahawa ibunya telah pun memilih bakal isteri untuknya dan mereka sudahpun menjalinkan ikatan pertunangan tanpa pengetahuan aku. Harapan dan impian aku yang selama ini aku anyamkan bersama insan kesayanganku punah dengan sebaris ayat. Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa besarnya kekecewaan yang aku alami. Aku hilang kewarasan dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku hadiahkan tamparan buat seorang insan yang aku kasihi. Tidak kusangka cinta yang aku hadiahkan setulus hati aku, rupanya kekecewaan menjadi balasannya. Hanya hujan airmata yang membasahi wajahku selepas dari saat memilukan itu. Tiada lagi senyuman kebahagiaan terukir di wajahku. Yang ada cuma senyuman untuk menutup kedukaanku. Hanya Tuhan saja yang mengerti isi hatiku. Hari-hari yang berlalu aku tabahkan hatiku hanya dengan sebaris ayat "cinta tak bermakna memiliki". Aku relakan pemergiannya buat selamanya dari kamus hatiku. Tekad aku mahu menghapuskan segala perasaan aku padanya namun sekuat mana pun usaha aku, aku tetap tewas dengan perasaan aku yang terlalu mencintai dirinya kerna dia insan pertama insan kesayanganku.



Kerna kekecewaanku pada si dia, aku mula menerima kehadiran seorang insan yang dahulunya bergelar sahabatku yang masih setia menanti cinta aku. Aku cuba bersamanya untuk melupakan kekecewaan aku. Aku cuba menyayanginya sepenuh hati aku namun aku tewas kerana dia tidak pernah bisa memahami hatiku. Dia gagal menjadi pecinta hatiku. Aku teruskan kehidupan aku tanpa sesiapa disisi. Hari-hari aku yang dahulunya sentiasa disulami dengan gelak tawa terhapus sama sekali. Semuanya hanya kerana CINTA! Tetapi aku tidak pernah salahkan cinta kerana aku tahu cinta berhak hadir dalam diri setiap insan...CINTA ADALAH SATU PERASAAN YANG CUKUP INDAH dan DENGAN CINTALAH, dunia kita akan berseri.  Walaupun terluka, aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada insan yang mampu menggantikan insan pertama yang aku sayang. Dan di saat itu juga aku berjanji bahawa di saat aku temui insan yang mencintai aku dan mampu menggantikan cinta insan pertama dalam kehidupanku, di saat itu jua aku akan meluputkan segala kenangan cinta pertama aku dan aku akan membahagiakan dirinya seumpama dia putera raja yang berhak singgah di hati aku. Sehingga sekarang, aku masih lagi yakin dengan kenyataan "cinta tak bermakna memiliki". Aku juga sentiasa berpegang kepada kenyataan ini: "Bahagiakanlah insan yang paling kita sayang supaya apabila kita kehilangannya nanti, penyesalan tidak akan hadir".



Atas kekecewaan itu, aku matikan perasaan aku kepada umat Adam buat seketika. Semua umat Adam yang mendampingi aku hanya kekal menjadi sahabatku dan temanku sahaja. Tiada lagi cinta di hati ini untuk mereka kerana ketika itu aku masih takut hati ini dilukai. Walaupun aku hanya bersahabat dan berteman dengan semua insan namun masih ada insan yang sanggup melukai hati dan kehidupan aku. Kelukaan demi kelukaan yang aku terima semakin menabahkan hati ini meneruskan ranjau kehidupan ini. Dengan berbekalkan pegangan " Tak semua kita impikan menjadi kenyataan", aku meneruskan titian perjalanan aku. Perasaan CINTA masih lagi tersimpan di hati aku. Aku biarkan ianya sepi tanpa pemilik.




=Nikmatilah cinta kerna cinta itu ketawa dan airmata=

Wednesday, August 11, 2010

TRUTH



"Membuat seseorang menangis kerana kebenaran adalah lebih baik dari biarkan seseorang itu hidup gembira dalam penipuan". 

Tersentuhnya hati ini ketika membaca ayat ini. Sememangnya ia sangat memberi makna kepada kehidupanku. Kadangkala kebenaran memang pahit untuk ditelan. Sebagaimana ianya pahit ditelan, sebegitu jualah ianya pahit untuk diluahkan/diberitahu. Untuk meluahkan kebenaran yang pahit, kita perlukan kekuatan dalaman yang sangat kuat. Keberanian adalah nilai yang paling penting dalam meluahkannya. Kebenaran yang pahit memang akan menciptakan rasa luka di hati seseorang. Walau sepahit mana sekalipun kebenaran itu, ianya perlu diluahkan supaya tiada penipuan yang tercipta dalam sesebuah perhubungan. Orang yang positif akan menerima kebenaran yang pahit itu sebagai satu kejujuran manakala orang yang negatif akan menerima kebenaran yang pahit itu sebagai satu pengkhianatan.

Marah Bukan Sifatku.

Ku tidak pernah meminta mu
Untuk mengasihi ku
Dan apatah lagi mengasihani ku
Juga tidak sama sekali

Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian
Cuma satu arah serta satu tujuan
Mencari keberkatan-Nya

Aku terkenangkan
Saat manis dulu

Tak pernah kau meninggi suara
Bila bertanya

Keras hanyalah luaranku
Lembut tetap di dalam hati
Marah habis setakat itu
Tak kubiar berpanjangan

Biar aku berdiam diri
Dengan hati yang remuk redam
Kau tak usah lagi bertanya
Tak ku bersuara

Aku masih mampu tersenyum
Walau hati terluka
Mungkin hari ini duka untuk aku
Esok belum tentu


Lagu "Marah Bukan Sifatku" nyanyian kumpulan NewBoyz sememangnya lagu yang sangat mencerminkan diri aku. Sungguh, aku bukanlah seorang yang pemarah dan seorang yang pendendam pada setiap kelukaan yang aku lalui dalam kehidupan aku. Seperti yang aku katakan dalam post sebelum ini tentang kelukaan. Sememangnya luka itu sebahagian dari aku. Luka itu tidak melemahkan aku sebaliknya menguatkan aku dalam menghadapi ranjau perasaan yang penuh berliku. Aku sudah terbiasa berkorban kebahagiaan aku demi keluarga aku, demi sahabat aku dan juga demi teman aku. Semuanya hanya kerana aku menginginkan mereka bahagia dengan adanya diri aku dan bukan berduka kerana adanya diri aku. Aku sememangnya seorang yang mampu tersenyum walaupun hatiku sering dilukai. Tak mudah orang mengecam kesedihan kehidupan yang aku lalui kerana aku memilih jalan untuk pendamkan segala kelukaan dihatiku hanya kerana aku menginginkan teman aku tahu bahawa aku bahagia dengan kehidupan aku. Aku tidak mahu mereka bersedih kerana aku. Biarlah bila aku sudah tiada selamanya di bumi yang nyata ini, aku tinggalkan banyak kenangan manis untuk mereka kenang dan bukannnya kenangan pahit yang mereka abadikan. Aku percaya setiap kelukaan dan kesedihan yang aku lalui ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang hanya Allah S.W.T yang tahu. Aku percaya pada setiap ketentuan-Nya.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan tiba lagi.

Ramadhan yang aku rindui selama setahun kini tiba kembali melunaskan rinduku yang terpendam. Sekali lagi pada tahun ini aku menghadapi bulan puasa tanpa ditemani keluarga tersayang. Tahun ini tahun kedua aku menyambut ketibaan Ramadhan tanpa keluarga di sisi. Kalau tahun lepas, aku selalu sendirian berbuka puasa. Aku harap tahun ini aku tidak lagi bersendirian ketika berbuka puasa. Aku berharap aku punya teman ketika berbuka puasa. Barulah bertambah berselera. Tambah-tambah jika berbuka puasa bersama seseorang yang rapat di hati. Itupun kalau berkesempatan.

Teringat ketika dahulu aku menyambut Ramadhan bersama keluarga. Betapa meriahnya Ramadhan ketika itu. Makcik aku akan memasak makanan yang sedap-sedap sepanjang sebulan. Kami adik beradik pula pasti akan singgah di Bazar Ramadhan untuk membeli makanan "extra". Apabila malam pula, kami sekeluarga akan menaiki kereta Unser dan pergi bersolat Tarawikh di Masjid Bayan Baru. Apabila tiba waktu untuk bersahur pula, kami semua akan mula rasa liat untuk bangun tidur. Untuk proses kejutkan kami bangun dari tidur adalah tanggungjawab emak tapi apabila kami semua macam tidak takut dengan gertakan emak, ayah pula yang mengambil tanggungjawab tersebut. Dengan hanya sekali panggilan ayah, terus seisi rumah bangun "on the spot" dan terus meluru ke meja makan. Begitulah gerunnya semua orang dengan ayah. Semua itu tinggal kenangan sebab sekarang aku berpuasa sendirian di rantauan. Itulah kenikmatan berpuasa bersama keluarga. Kini semuanya sendirian. Bersahur sendirian. Berbuka sendirian. Pilunya mengingati saat bersahur dan berbuka bersama keluarga.

Walauapapun, aku masih gembira menyambut Ramadhan. :)

Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada semua. Salam Ramadhan! :)