Saturday, August 07, 2010

Blogku Duniaku

Kesepian hidup yang sentiasa membelenggu diri ini membuatkan perasaanku membuak-buak ingin meluahkan semua rasa hati dalam blog persendirianku ini. Semoga blog ini dapat menjadi teman dikala ku kesepian. Aku hanyalah insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jadi seandainya kehadiran blog ini ada menyakitkan hati siapa-siapa tanpa aku sedari, aku mohon maaf. Sebelum aku meneruskan bicara-bicara lain di blog aku ini, biarlah aku coretkan serba sedikit informasi tentang diriku untuk tatapan semua.


Aku dilahirkan di muka bumi ini pada 9 April 1988. Ibu dan Ayah aku memberikan namaku, Noor Diana. Ramai kenalan aku memanggil aku dengan panggilan Dianz, Diana, Alien, D dan lain-lain lagi. Aku tidak kisah apa gelaran orang pada aku, yang penting mereka gembira dan selesa dengan panggilan tersebut. Aku sudah cukup bersyukur kalau kawan-kawan aku menghormati aku dengan panggilan yang beradab. Kini aku seorang pelajar semester ke-5 jurusan BA (HONs) Digital Film and TV di LimKokWing University of Creative Technology di Cyberjaya.


Dari masa ke semasa, anda bolehlah "update" blogku untuk mengenali kehidupanku dengan lebih lanjut. Dengan post ini, maka rasmilah blog aku yang diberi nama "Bila Hati Mula Berbicara".

No comments:

Post a Comment