Sunday, August 08, 2010

Music=My Life





Dalam meniti arus kehidupan..
Ada di satu saat ketika aku akan rasa sunyi, sepi, gembira, sedih, kecewa dan pelbagai emosi yang boleh menguasai aku...
Namun di saat aku berhadapan dengan semua ini,
aku tak pernah keseorangan kerana irama muzik sering menemani aku di saat suka dan duka..
Irama muziklah penghibur aku disaat suka dan duka.

Irama muzik banyak memainkan peranan dalam kehidupanku.
Kadangkala ada lagu yang tercipta berkait rapat dengan kehidupanku.
kadangkala ada lagu yang tercipta memberi semangat dan sumber inspirasi kepadaku
dan kadangkala ada lagu yang membuatkan aku sedih mengenangkan seseorang dan kenangan..

Namun, walau apapun peranan lagu kepadaku,
lagu tetap mengiringi dan menemani kehidupanku.
Tanpa muzik, kehidupanku akan bertambah sepi.
Tanpa muzik, kehidupanku umpama tiada irama.


Pasti ada di antara kalian yang ingin tahu irama muzik bagaimana yang menjadi igauan aku tika aku menghayatinya. Ada di antara kalian yang mengenali aku tahu lagu sebagaimana yang sentiasa menjadi igauan aku. Buat yang tidak tahu, biarlah aku berkongsi lagu yang menjadi igauanku di dalam blog ini.

Jika ada di antara kalian yang berminat berkongsi pendapat tentang lagu igauan anda, anda bolehlah mengutarakan pendapat anda disini ya! Tiada diskriminasi ya.



Aku  banyak meminati lagu nasyid, lagu yang ada nilai cinta dan sahabat...
Aku juga banyak meminati lagu rock cintan mcm kumpulan evergreen seperti ukayz, umbrella, exists, spring, may, scoins, dan macam-macam lagi.
Sebenarnya aku bukanlah tergolong dalam orang yang minat lagu kerana artis tetapi aku tergolong dalam golongan orang yang minat pada lirik lagu dan cara penyampaiannya. Aku tidak malu mengaku aku seorang yang jiwang kerana aku sangat meminati irama sentimental.

Aku juga meminati lagu English tapi tak banyak lagu yang aku tahu. Kebanyakan hanya lagu English yang sudah pun evergreen seperti lagu Right Here Waiting, That's why you go away, My Baby You dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Apapun semuanya bergantung kepada lirik lagu tersebut. Seandainya lirik lagunya menyentuh kamar hatiku, aku pasti mencari lagu tersebut dan akan terus belajar meminatinya. Lirik lagulah yang membuatkan aku jatuh hati pada sesebuah lagu.


KESIMPULANNYA:
MUSIC=LIFE
[tanpa music, sepilah kehidupanku]


No comments:

Post a Comment