Monday, August 09, 2010

Sempurnakah Kehidupanku???


Kehidupan...



Satu perkataan yang sangat simple tapi punya makna yang begitu mendalam.
Kehidupan tidak menjanjikan setiap saat yang indah dalam rutin harian kita.
Begitulah jua dalam kehidupan aku..



Dari segi persepsi orang lain, ramai yang aku temui sering menggangap kehidupan aku sempurna hanya kerana aku punya sebuah keluarga yang sempurna ahlinya , sebuah rumah tempat aku berehat , sebuah kereta untuk memudahkan perjalananku dan hanya kerana aku punya peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.


Ya, aku akui yang aku punya semua yang dinyatakan tetapi bukan semua itu yang aku utamakan dan perlukan dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau ini.
Aku tidak impikan kebendaan dalam hidup aku kerana aku tahu semua itu hanyalah sementara...
Apa yang aku impikan adalah sebuah kasih sayang yang bisa buat aku tenang dalam mengharungi hari-hari dalam kehidupanku..


Luahan aku ini bukan bermakna aku tidak bersyukur. Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada dalam kehidupanku tetapi di sebalik semua yang ada, aku seperti hilang arah tujuan dalam mencari kasih sayang yang abadi..


Aku tahu aku punya keluarga yang sempurna di pandangan org, tapi apakah orang tahu apa yang aku lalui disebalik kesempurnaan ini?
Apakah keluarga yang sempurna ini seringkali membahagiakan aku?
Apakah impian aku sering tercapai disebalik keluarga yang sempurna ini?
Jawapannya,
biarlah semua ini menjadi rahsia dalam kamus hatiku...


Biarpun kebahagiaan yang aku impikan tidak terlaksana,
aku akan tetap rela berkorban hati, perasaan, hidup demi melihat kebahagiaan di wajah ibu dan ayah aku.
Tetapi mampukah aku dalam melaksanakannya sedangkan aku sering dikatakan menyusahkan hidup mereka?


Seringkali aku akur pada permintaan semua orang tanpa mempedulikan rasa hati aku tetapi tidak pernah ada orang mempedulikan apa yang rasa hati aku inginkan. Ada orang mengatakan aku hipokrit dalam mencipta kebahagiaan orang lain. Tetapi demi kebahagiaan ibu dan ayah aku, aku rela digelar hipokrit.


Semua yang terjadi dalam kehidupanku membuatkan aku bertambah matang dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Kepayahan dalam mencari nilai kasih sayang sejati buat aku bertambah tabah dalam mengharungi cuaca kehidupan yang sering silih berganti dengan panas,hujan,redup dan ribut..




Dalam kehidupanku, selagi aku bernafas dan terdaya,
Selagi itulah aku rela berkorban rasa hati aku, cinta aku dan apa yang aku impikan demi melihat sinar kebahagiaan di wajah ibu dan ayah aku.
Kerana tanpa mereka, tidak mungkin aku dapat menikmati keindahan alam yang Allah kurniakan buat kita yang bernama hamba ALLAH...

No comments:

Post a Comment