Entah kenapa malam ini aku terasa sepi sangat. Kesepian yang teramat sangat membuatkan rindu aku padanya semakin membuak-buak. Kerinduan yang tercipta di hati ini kian membuatkan aku sebak. Namun kutahan airmataku dari mengalir kerna aku tidak mahu menjadi insan yang lemah. Tetapi, walau sekuat mana pun aku pertahankan airmataku dari jatuh, aku tetap wanita yang punya perasaan di hati. Kesepian membuatkan diri aku dikuasai emosi. Tika ini, malam ini, aku terlalu rindukan si dia. Si Dia insan yang bernama kekasih hati. Si dia yang yang akan sentiasa berada di hatiku selamanya. Seseorang yang kini sudah berada jauh dari hati aku. Argghhh, malam ini aku gagal kawal emosi aku. Sungguh aku terlalu rindukan saat kami menganyam bahagia di saat kami bersama. Tapi, kini tiada lagi saatnya bersamaku kerna dia sudahpun jauh dimataku. Apa yang aku inginkan hanyalah pertemuan aku dengannya agar dia bisa meleraikan kerinduanku padanya. Aku tahu banyak rintangan yang kami harungi dalam kehidupan percintaan kami tetapi itu semua tidak menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan perhubungan yang tercipta antara dua hati. Tentang perjalanan kehidupanku, biarlah Allah S.W.T dan masa yang menentukan kerana aku pun sendiri tertanya-tanya tentang perjalanan kehidupanku. Biarlah apapun yang terjadi pada masa sekarang, aku akan teruskan perhubungan ini selagi termampu kerana aku hanyalah sekadar pelakon watak di pentas lakonan dunia. Hanya menurut apa yang PENCIPTA aku inginkan pada perjalanan kehidupanku. Kini, "Sepi seorang Perindu" merungkai perjalanan perasaanku.

No comments:
Post a Comment