Tuesday, August 24, 2010

Hilangnya "nilai" aku.

Sememangnya bulan Ramadhan kali ini banyak menguji kesabaran aku dalam melalui hari-hari dalam kehidupanku. Kehadiran aku semakin hilang "nilai" di dalam kehidupan mereka yang pernah rapat denganku satu ketika dahulu. Aku seumpama melukut di tepi gantang mengharap kasih mereka untukku. Tiada apa lagi yang tinggal untukku menikmati bersama-sama teman yang pernah rapat denganku satu ketika dulu. Sayu sungguh aku menerima kenyataan kehidupan yang terjadi dalam kehidupanku sekarang. Teman bicaraku menghilangkan diri tanpa meninggalkan pesan padaku. Orang yang bergelar sahabatku selama 10 tahun, meninggalkan nama persahabatan tanpa rasa bersalah di hati. Orang yang tempat ku meluahkan segala perasaan aku pula kini dibawah jagaan orang lain yang lebih prihatin terhadapnya sehinggakan membuatkan aku terasa dia dirampas dari aku. Semuanya terjadi dalam sekelip mata tanpa aku pinta. Dalam sekelip mata, aku hilang semua yang pernah rapat denganku. Inilah lumrah kehidupan.

Kenangan silam telah merampas tawa seorang insan yang menjadi teman bicaraku. Hubungan kakak-adik telah merampas kehadiran teman baikku. Rasa marah merampas nama persahabatan aku dan dia yang terbina selama 10 tahun. Semua yang terjadi ini telah mengurangkan "nilai" aku di mata mereka. Aku bukan lagi insan kepentingan dalam hidup mereka. Tiada lagi aku dalam senda tawa mereka. Tiada lagi aku dalam tangisan mereka. Yang ada hanyalah kenangan. Kenangan yang bisa buat aku kenang apabila aku rindukan kehadiran mereka dalam kehidupanku.

Setiap kali bahagia tercipta dalam kehidupanku, ianya hanya buat seketika kerana ianya pasti ada kedukaan di akhir ceritanya. Mungkinkah aku hanya tercipta untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain sahaja? Mungkin juga. Kini, aku bersendirian menyusuri kehidupanku. Aku akan bersendirian melakukan aktivitiku tanpa dia menemaniku lagi. Dia, insan yang bergelar sahabatku. Dia, insan yang sering menemaniku ketika aku keluar bersama kawan-kawan. Dia, insan yang tahu semua tentang kehidupanku. Dia, insan yang tidak bisa biarkan aku keluar sendirian dengan teman-teman lain tanpanya. Mulai hari ini, dia sudahpun dirampas dalam kehidupanku. Dia sudahpun terjerat dalam dua hubungan. Nyata, dia memilih hubungan kakak-adik kerana menghormati hubungan itu. Aku faham atas segalanya. Namun akan kuteruskan jua kehidupan aku walau tanpa dia disisiku. Aku umpama pelarian yang tidak pernah berhenti berlari walaupun pelbagai halangan yang mendatang. Aku akan terus berlari dan berlari selagi aku termampu.

Buat semua insan yang terlibat,
walaupun sebesar manapun halangan yang menimpa, aku masih di sini menerima kehadiran kalian semua. Andai aku ada kepentingan buat kalian di suatu masa, carilah aku kerna aku tidak akan pernah jemu menanti kehadiran kalian kerana kalian insan kesayanganku.

1 comment: