Thursday, August 12, 2010

Bila Hati Berbicara Cinta


Sejarah percintaan banyak mengundang saat suka dan duka. Begitulah jua kehidupan aku. Saat jatuh cinta adalah saat paling terindah dalam hidup tetapi siapa tahu sejauh mana keindahan itu akan kekal dan berpanjangan. Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui semuanya. Tidak kisahlah setinggi manapun kita berharap, sedalam mana pun kasih kita, sejauh mana pun jarak terpisah, andai ada jodoh, pasti akan berakhir di jinjang pelamin dan seandainya tiada jodoh, ikatan kemanusiaan tetap tak akan terputus...

Tahun 2000 adalah tahun bermakna bagi aku kerna pada tahun itu aku mula kenal erti cinta, rindu dan cemburu. Siapa sangka gadis seperti aku yang hanya berusia 12 tahun ketika itu sudah mula terasa kehadiran cinta dalam dirinya. Kehadiran seorang "insan" yang baru di sekolah aku membuatkan aku merasa cinta pandang pertama. Tapi aku masih sedar siapa diri aku ketika itu. Aku hanya seorang insan yang kerdil kalau dibandingkan dengan dirinya. Kerana memikirkan impian itu tidak mampu aku gapai, aku pendamkan perasaan aku di dalam hati aku. Semuanya berjalan lancar antara aku dan dia. Perhubungan persahabatan dan perhubungan kemanusiaan adalah dua nama perhubungan yang menyatukankan kami. Dengan dua nama perhubungan inilah yang merapatkan perhubungan yang terjalin sehinggakan sukar sekali hendak melalui perpisahan.

Hari-hari yang berlalu aku sangka perhubungan kami akan putus apabila berakhirnya tahun 2000 kerana selepas tahun 2000 aku akan melangkah ke alam sekolah menengah. Tapi siapa sangka siapa menduga, walaupun berjauhan kami masih berhubung dan rasa saling memerlukan hadir dalam perhubungan itu. Perhubungan itu berterusan selama 3 tahun. Dua zaman silih berganti. Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, namun perhubungan masih tetap utuh bersatu. Dari perhubungan perkenalan ke persahabatan dan seterusnya melahirkan bibit-bibit cinta dalam hatinya.

14 Februari 2003, satu sejarah percintaan bermula dalam hidup aku. "Insan" yang dulu aku pendamkan perasaan aku selama 3 tahun mula berbicara tentang cinta dengan aku. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku saat itu. Namun aku tahu aku tidak layak untuk "insan" sepertinya. Andai aku dan dia bersatu pasti akan ada pihak yang menentang hebat perhubungan kami. Siapa sangka dan siapa menduga perhubungan insan yang bergelar cikgu dan anak murid berakhir dengan percintaan. Dan dalam masa yang sama seorang sahabat meluahkan rasa cinta terhadap aku.Aku sungguh keliru ketika itu namun aku terima keadaan itu sebagai ujian dari Illahi.

Ketika itu, aku tidak mampu melukakan dua insan yang hadir dalam hidup aku dan kedua-duanya memberikan 1001 makna buat diriku. Sememangnya dua insan ini aku menjadi insan kesayanganku tapi sayang tak bermakna cinta. Bisikan hatiku hanya membisikkan kata cinta pada seseorang saja. Dan yang pasti seseorang itu adalah seseorang yang aku dambakan kehadirannya sejak dari tahun 2000 lagi, insan yang bergelar cikgu aku sendiri. Tapi mampukah aku teruskan perhubungan dengannya sedangkan aku tahu perhubungan aku dengannya tidak akan berjaya? aku sungguh keliru ketika itu tapi aku nekad, hanya dia saja yang aku cintai dan tidak akan pernah ada orang lain yang mampu melupakan cinta aku padanya. Dan dari saat itu jua aku nekad, walau dia tak aku miliki, aku akan tetap abadikan cintanya dalam hati aku!



Dalam kekeliruan yang aku hadapi, perhubungan kami masih berjalan lancar dan bibit-bibit cinta kian mekar di dalam hati kami sehinggakan sukar dihapuskan lagi namun bahagia yang aku dambakan hanya seketika. Dua tahun menganyam impian di awan cinta, akhirnya badai mengundang jua dalam perhubungan kami. Tanggal tahun 2005, aku dikejutkan dengan pengakuan ikhlasnya bahawa ibunya telah pun memilih bakal isteri untuknya dan mereka sudahpun menjalinkan ikatan pertunangan tanpa pengetahuan aku. Harapan dan impian aku yang selama ini aku anyamkan bersama insan kesayanganku punah dengan sebaris ayat. Saat itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa besarnya kekecewaan yang aku alami. Aku hilang kewarasan dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku hadiahkan tamparan buat seorang insan yang aku kasihi. Tidak kusangka cinta yang aku hadiahkan setulus hati aku, rupanya kekecewaan menjadi balasannya. Hanya hujan airmata yang membasahi wajahku selepas dari saat memilukan itu. Tiada lagi senyuman kebahagiaan terukir di wajahku. Yang ada cuma senyuman untuk menutup kedukaanku. Hanya Tuhan saja yang mengerti isi hatiku. Hari-hari yang berlalu aku tabahkan hatiku hanya dengan sebaris ayat "cinta tak bermakna memiliki". Aku relakan pemergiannya buat selamanya dari kamus hatiku. Tekad aku mahu menghapuskan segala perasaan aku padanya namun sekuat mana pun usaha aku, aku tetap tewas dengan perasaan aku yang terlalu mencintai dirinya kerna dia insan pertama insan kesayanganku.



Kerna kekecewaanku pada si dia, aku mula menerima kehadiran seorang insan yang dahulunya bergelar sahabatku yang masih setia menanti cinta aku. Aku cuba bersamanya untuk melupakan kekecewaan aku. Aku cuba menyayanginya sepenuh hati aku namun aku tewas kerana dia tidak pernah bisa memahami hatiku. Dia gagal menjadi pecinta hatiku. Aku teruskan kehidupan aku tanpa sesiapa disisi. Hari-hari aku yang dahulunya sentiasa disulami dengan gelak tawa terhapus sama sekali. Semuanya hanya kerana CINTA! Tetapi aku tidak pernah salahkan cinta kerana aku tahu cinta berhak hadir dalam diri setiap insan...CINTA ADALAH SATU PERASAAN YANG CUKUP INDAH dan DENGAN CINTALAH, dunia kita akan berseri.  Walaupun terluka, aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada insan yang mampu menggantikan insan pertama yang aku sayang. Dan di saat itu juga aku berjanji bahawa di saat aku temui insan yang mencintai aku dan mampu menggantikan cinta insan pertama dalam kehidupanku, di saat itu jua aku akan meluputkan segala kenangan cinta pertama aku dan aku akan membahagiakan dirinya seumpama dia putera raja yang berhak singgah di hati aku. Sehingga sekarang, aku masih lagi yakin dengan kenyataan "cinta tak bermakna memiliki". Aku juga sentiasa berpegang kepada kenyataan ini: "Bahagiakanlah insan yang paling kita sayang supaya apabila kita kehilangannya nanti, penyesalan tidak akan hadir".



Atas kekecewaan itu, aku matikan perasaan aku kepada umat Adam buat seketika. Semua umat Adam yang mendampingi aku hanya kekal menjadi sahabatku dan temanku sahaja. Tiada lagi cinta di hati ini untuk mereka kerana ketika itu aku masih takut hati ini dilukai. Walaupun aku hanya bersahabat dan berteman dengan semua insan namun masih ada insan yang sanggup melukai hati dan kehidupan aku. Kelukaan demi kelukaan yang aku terima semakin menabahkan hati ini meneruskan ranjau kehidupan ini. Dengan berbekalkan pegangan " Tak semua kita impikan menjadi kenyataan", aku meneruskan titian perjalanan aku. Perasaan CINTA masih lagi tersimpan di hati aku. Aku biarkan ianya sepi tanpa pemilik.




=Nikmatilah cinta kerna cinta itu ketawa dan airmata=

1 comment:

  1. Semoga tiada lagi kekecewaan yang menyelubungi kehidupanku.

    ReplyDelete